(^.^)
Friday, 16 December 2011 / 20:38 / 0 comment
Assalamualaikum semua!!Hari nie sya nak bagi contoh karangan UPSR...


Contoh 1:KARANGAN LENGKAP


Laporan Unit Kecemasan Persatuan Bulan Sabit Merah

   Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Sungai Koyan telah diadakan pada 23 Mac 2005 yang lalu. Saya telah mengetuai unit kecemasan Persatuan Bulan Sabit Merah sekolah yang bertugas pada hari sukan tersebut. Saya sebagai ketua unit kecemasan telah ditugaskan untuk membantu merawat pelajar yang cedera dan pengsan.
   Acara padang bermula pada pukul 8.00 pagi. Saya bertugas di padang dengan dibantu oleh dua puluh anggota Persatuan Bulan Sabit Merah. Saya membahagikan tugas kepada para ahli mengikut kumpulan yang ditentukan.
   Cuaca pada hari tersebut sangat panas. Oleh itu, ramai pelajar telah pengsan sebelum sampai ke garisan penamat. Anggota persatuan telah memberikan bantuan kecemasan seperti memulihkan atlet yang pengsan dengan pengawasan guru penasihat.
   Pada hari itu, ramai pelajar perempuan yang pengsan kerana mereka kurang daya ketahanan. Seorang daripada pelajar yang pengsan iaitu Monalisa Omar dari rumah kuning telah terjatuh lalu pengsan. Saya dan rakan - rakan telah berusaha untuk membantunya tetapi gagal. Akhirnya, dia dibawa ke hospital dengan ditemani oleh seorang guru penasihat kerana kecederaan agak parah.
   Kami juga terlibat dengan aktiviti mengagihkan minuman kepada pegawai sukan yang bertugas. Beberapa orang anggota unit pula bertugas di padang bagi membantu guru dan pegawai sukan yang bertugas pada hari itu.
   Saya sebagai ketua pasukan unit kecemasan amat berpuas hati atas kelancaran setiap tugasan yang diberikan. Banyak pengalaman baru yang saya alami semasa menjalankan tugas pada hari sukan itu. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan - rakan dan guru penasihat yang telah memberi kerjasama untuk menjayakan tanggungjawab ini.
Laporan disediakan oleh,
-Afiq-
(Muhamad Taufiq Bin Mohd Yusof)
Pengerusi,
Persatuan Bulan Sabit Merah
Sekolah Kebangsaan Sungai Koyan


Contoh 2:
KARANGAN LENGKAP


Laporan Latihan Kebakaran Anjuran Unit Keselamatan dan Kebakaran Sekolah Kebangsaan Taman Desa, Country Homes, Rawang dengan Kerjasama Bomba dan Penyelamat

Tarikh : 18 April 2006
Masa : 8.30 pagi - 11.30 tengahari
Tempat : Sekolah Kebangsaan Taman Desa, Country Homes, Rawang
Objektif
Latihan yang diadakan bertujuan untuk :
  1. Melatih murid - murid tentang cara - cara atau tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran
  2. Membiasakan murid - murid dengan tanda amaran kecemasan sekiranya berlaku kebakaran
  3. Melatih cara - cara menggunakan alat pemadam kebakaran
  4. Melatih cara - cara menyelamatkan diri dan orang lain sekiranya berlaku kebakaran
  5. Melatih cara - cara menghubungi pihak bomba sekiranya berlaku kebakaran
   Latihan kebakaran ini melibatkan semua murid, guru dan kakitangan sekolah dengan kerjasama pasukan bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Rawang, Selangor.
   Dalam latihan ini, pasukan bomba dan penyelamat telah menunjukkan cara - cara yang betul untuk bertindak sekiranya berlaku kebakaran. Selain itu, diadakan latihan menyelamat mangsa kebakaran juga. Dua buah kereta bomba berserta 20 orang anggotanya turut menjayakan latihan kebakaran ini. Pihak bomba turut menunjukkan cara - cara memadamkan kebakaran dan cara - cara menggunakan alat pemadam kebakaran.
   Satu ceramah dan penerangan tentang langkah - langkah untuk mengelakkan berlakunya kebakaran turut diadakan dan seterusnya diikuti dengan sesi soal jawab oleh pasukan bomba dan penyelamat untuk memadam dan menyelamatkan mangsa kebakaran. Latihan iniberakhir pada jam 12.00 tengahari.
Laporan disediakan oleh,
Nor hidayah Ismail
(NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL)
Setiausaha
Unit keselamatan dan Kebakaran
Sekolah Kebangsaan Taman Desa, Country Homes
Rawang, Selangor

SUMBER:TUTOR.COM.MY